Tips Menghadapi Kesesakan Lalulintas | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» ARTICLE » Tips Menghadapi Kesesakan Lalulintas

Tips Menghadapi Kesesakan Lalulintas

Kesesakan trafik yang sering berlaku di Lembah Klang sejak kebelakangan ini telah menyebabkan pengguna jalan raya terperangkap dalam perjalanan tanpa mengira waktu, cuaca atau keadaan jalan. Bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dalam situasi ini, ketahui cara menghadapi kesesakan trafik seperti berikut:-

1. Merancang Perjalanan

Merancang perjalanan sangat membantu untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Pastikan anda lakukan perancangan awal seperti mengelakkan memandu ketika waktu puncak, hujan dan lain-lain.

Ketahui keadaan jalan raya dan dapatkan maklumat terkini mengenai keadaan jalan menerusi radio atau laman web rasmi lebuh raya supaya dapat menggunakan jalan alternatif bagi menghindari kesesakan.

2. Tukar Medium Pengangkutan

Salah satu sebab utama lebuh raya sesak adalah kerana pertambahan penggunaan kenderaan sendiri untuk menuju ke destinasi terutamanya ke tempat kerja. Tukar medium pengangkutan daripada penggunaan kenderaan ke penggunaan motorsikal atau pengangkutan awam untuk memudahkan perjalanan harian anda serta mengelakkan diri daripada terperangkap di kesesakan jalan raya.

3. Gunakan Laluan Alternatif

Anda dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif jika ingin mengelak kesesakan lalu lintas teruk. Hal ini kerana, laluan alternatif cenderung menjadi kurang sesak walaupun laluan tersebut mengambil masa yang lebih lama.

Gunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze jika anda tidak tahu perjalanan alternatif. Selain itu, aplikasi tersebut juga boleh membantu anda mengetahui laluan yang sesak dan anda boleh menukar laluan dengan cepat daripada terperangkap di lalu lintas yang sesak.

4. Peka Dengan Perkembangan Lalu Lintas

Terdapat banyak medium yang memberi informasi dari semasa ke semasa mengenai perkembangan lalu lintas untuk membantu pengguna jalan raya merancang perjalanan mereka. Oleh itu, pastikan anda sentiasa peka dengan perkembangan lalu lintas dengan mendengar informasi keadaan jalan daripada radio, laman web rasmi lebuh raya, media sosial dan sebagainya untuk mengelakkan kesesakan jalan.

5. Teknik Pemanduan Defensif

Pemanduan defensif sangat penting apabila anda memandu di jalan raya sesak. Memandu dengan membrek secara kerap boleh meningkatkan risiko kemalangan. Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengekalkan jarak selamat antara kenderaan anda dan kenderaan di hadapan supaya dapat mengawal kenderaan di lalu lintas yang sesak.

Selain itu, anda juga perlu melihat jauh ke hadapan semasa memandu supaya dapat bertindak cepat apabila berlakunya situasi tidak diingini. Elakkan penggunaan telefon bimbit kerana ia boleh menjejaskan fokus pemanduan anda terutamanya di jalan raya sesak.

Sumber: prihatinspanco.com (30 Mei 2022)

Date of Input: 12/04/2023 | Updated: 12/04/2023 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFUOAW~