| PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)

ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PELAJAR UPM:-

 

1. PELEKAT KENDERAAN PELAJAR

Pelekat Kenderaan Pelajar dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan UPM (BKU) kepada pelajar UPM bertujuan memudahkan proses pemeriksaan kenderaan pelajar yang keluar / masuk dalam kawasan kampus. Untuk permohonan sila lengkapkan borang permohonan secara atas talian di Putra ASIS

 

2. SEMAKAN SAMAN LALULINTAS

Bahagian Keselamatan merupakan badan penguatkuasa peraturan lalulintas dalam kampus UPM (Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005 > Bahagian IV > Tatatertib Lalulintas Jalan). Sekiranya anda memperoleh Notis Kesalahan Lalulintas, sila hadir ke Kaunter Bahagian Keselamatan UPM untuk membuat pembayaran. Sila semak saman anda di http://www.e-saman.upm.edu.my/

 

3. PERMOHONAN PAPAN TANDA

Bahagian Keselamatan menyediakan perkhidmatan Papan Tanda Penunjuk arah untuk program / aktiviti yang diadakan dalam kampus UPM. Staf dan pelajar UPM boleh membuat permohonan dengan mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Papan Tanda OPR/APSeC/BR03/TANDA dalam dua (2) salinan dan dikemukakan ke Kaunter Bahagian Keselamatan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh aktiviti bermula. Sekiranya aktiviti melibatkan pelajar, borang permohonan tersebut hendaklah dikepilkan bersama-sama surat kelulusan aktiviti pelajar dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM (BHEP) sebagai pengesahan.

 

4. PERMOHONAN KHIDMAT PENGIRINGAN

Bahagian Keselamatan menawarkan khidmat Pengiringan (escort) kepada kenderaan tetamu-tetamu jemputan (VIP) UPM yang menghadiri sesuatu aktiviti / program yang diadakan dalam kampus UPM. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pengiringan OPR/APSeC/BR01/IRING dalam dua (2) salinan dan dikemukan ke Bahagian Keselamatan tiga (3) hari sebelum aktiviti dijalankan.

ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN KEPADA STAF UPM:-

 

1. PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN STAF UPM                                          

Pelekat Kenderaan Staf dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan UPM (BKU) untuk staf tetap dan kontrak universiti bertujuan memudahkan proses pemeriksaan kenderaan staf yang keluar / masuk dalam kawasan kampus. Untuk permohonan sila lengkapkan borang secara atas talian di Putra ASIS.

                             

2. JADUAL BUKA/TUTUP PINTU DALAM KAMPUS

Bahagian Keselamatan bertanggungjawab ke atas kawalan akses kenderaan yang masuk / keluar ke dalam kampus. Berikut merupakan jadual operasi buka / tutup pintu pagar dalam kampus:-

 

3. PERMOHONAN PAPAN TANDA

Bahagian Keselamatan menyediakan perkhidmatan Papan Tanda Penunjuk arah untuk program / aktiviti yang diadakan dalam kampus UPM. Staf dan pelajar UPM boleh membuat permohonan dengan mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Papan Tanda OPR/APSeC/BR03/TANDA dalam dua (2) salinan dan dikemukakan ke Kaunter Bahagian Keselamatan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh aktiviti bermula.

 

4. PERMOHONAN KHIDMAT PENGIRINGAN

Bahagian Keselamatan menawarkan khidmat Pengiringan (escort) kepada kenderaan tetamu-tetamu jemputan (VIP) UPM yang menghadiri sesuatu aktiviti / program yang diadakan dalam kampus UPM. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pengiringan OPR/APSeC/BR01/IRING dalam dua (2) salinan dan dikemukan ke Bahagian Keselamatan tiga (3) hari sebelum aktiviti dijalankan.

 

ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN KEPADA PELAWAT UPM:-

 

1. PETA KAMPUS UPM SERDANG

Bahagian Keselamatan menyediakan peta kampus UPM (kampus Serdang) sebagai panduan kepada semua warga kampus dan pelawat yang berurusan dengan pihak Universiti.

PETA KAMPUS UPM SERDANG

 

2. JADUAL BUKA/TUTUP PINTU DALAM KAMPUS UPM

Bahagian Keselamatan bertanggungjawab ke atas kawalan akses kenderaan yang masuk / keluar ke dalam kampus. Berikut merupakan jadual operasi buka / tutup pintu pagar dalam kampus:-

JADUAL BUKA/TUTUP PINTU DALAM KAMPUS UPM

SWMGGAq:06:00