SOALAN LAZIM | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

SAMAN TRAFIK
1
Mengapakah saya diberikan Notis Kesalahan Lalulintas?

Anda diberikan Notis Kesalahan Lalulintas kerana telah melanggar peraturan lalulintas yang berkuatkuasa di dalam kampus berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005. Oleh yang demikian, pihak Bahagian Keselamatan berkuasa untuk mengenakan saman kepada pesalah demi memastikan keadaan kampus berada di dalam keadaan selamat dan terkawal. Untuk semak status saman sila ke http://e-saman.upm.edu.my/

2
Berapakah jumlah saman bagi setiap satu kesalahan?

RM50.00 akan dikenakan bagi satu kesalahan. Rujuk Kaedah 48 (1), Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005 di SINI.


PELEKAT KENDERAAN
3
Bagaimanakah cara untuk memohon Pelekat Kenderaan Pelajar?

Permohonan adalah secara atas talian melalui portal Putra Asis. Sila klik DI SINI untuk permohonan pelekat kenderaan

4
Apakah syarat-syarat untuk memohon Pelekat Kenderaan Pelajar?

Sila rujuk syarat-syarat untuk memohon Pelekat Kenderaan Pelajar di laman web Bahagian Keselamatan di SINI.


PAPAN TANDA ARAH
5
Bagaimanakah cara untuk memohon perkhidmatan Papan Tanda Arah?

Dapatkan borang permohonan OPR/BKU/BR03/TANDA di Kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan. Borang tersebut perlu dilengkapkan dan dikembalikan semula dalam dua (2) salinan kepada Bahagian Keselamatan tiga (3) hari sebelum hari kejadian untuk diproses. Makluman lanjut sila ke SINI.


PENGIRINGAN KENDERAAN
6
Bagaimanakah cara memohon perkhidmatan Pengiringan Kenderaan?

Dapatkan borang permohonan OPR/BKU/BR01/IRING di Kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan. Borang tersebut perlu dilengkapkan dan dikembalikan semula dalam dua (2) salinan kepada Bahagian Keselamatan tiga (3) hari sebelum hari kejadian untuk diproses. Makluman lanjut sila ke SINI.


KAD MATRIK & KAD STAF
7
Adakah Kad Matrik dan Kad Staf fizikal masih digunakan walaupun telah memiliki aplikasi PutraVID?

Ya, Kad Matrik dan Kad Staf fizikal masih digunakan sebagai dokumen pengenalan diri sebagai pelajar / staf UPM. Ianya juga digunakan sebagai:-

  • Kad akses untuk memasuki ruang pejabat atau kawasan tertentu dalam premis UPM seperti di fakulti dan hospital yang menggunakan sistem door access.
  • Penggunaannya juga diperluaskan untuk urusan peminjaman buku di perpustakaan. 
  • 8
    Berapakah kadar bayaran yang dikenakan sekiranya Kad Matrik / Kad Staf hilang?

    Berdasarkan Pekeliling Pendaftar Bilangan 4 Tahun 2006 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Putra Malaysia (JPU) Kali Ke-239, kadar yang dikenakan bagi penggantian Kad Matrik / Kad Staf yang hilang ialah sebanyak RM30.00.

    9
    Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Kad Matrik / Kad Staf hilang?

    Sekiranya kehilangan Kad Matrik / Kad Staf sila ke Kaunter Pejabat Bursar UPM untuk membayar denda sebanyak RM30.00 dan seterusnya ke Kaunter Bahagian Keselamatan untuk membuat laporan kehilangan dengan melengkapkan Borang Kehilangan / Kerosakan OPR/BKU/BR01/HR


    PAS PEKERJA
    10
    Bagaimanakah cara untuk memohon Pas Pekerja di UPM ?

    Pas Pekerja dikeluarkan oleh pihak Bahagian Keselamatan UPM kepada pekerja-pekerja syarikat luar yang berkhidmat di dalam kampus UPM. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pas Pekerja OPR/BKU/BR01/PAS PEKERJA dan sertakan dua (2) keping gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan. Bagi pemohon bukan warganegara Malaysia, sertakan satu (1) salinan pasport yang masih sah tempohnya.

    11
    Berapakah kadar bayaran untuk memohon Pas Pekerja?

    Kadar bayaran sebanyak RM5.00 akan dikenakan untuk memohon Pas Pekerja dan bayaran perlu dibuat di Kaunter Pejabat Bursar UPM.

    Kemaskini:: 21/06/2023 [roshaizak]

    PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03-9769 8005
    03-9769 7930
    SWMGFAs:05:38