11 Tips Persediaan Menghadapi Banjir | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» ARTICLE » 11 Tips Persediaan Menghadapi Banjir

11 Tips Persediaan Menghadapi Banjir

Mutakhir ini Malaysia sering mengalami bencana banjir di banyak kawasan terutamanya di negeri Selangor, Pahang, Melaka dan banyak lagi.

Dan kali ini ia datang tanpa diduga dan menyebabkan ramai pihak terkesan serta melibatkan kerugian jutaan ringgat selain meninggalkan kesan trauma di kalangan mangsa-mangsa terlibat. Tidak bermakna hari ini kawasan perumahan anda tidak pernah dinaiki air, bencana dasyat ini tidak akan 'menjengah' melawat anda suatu hari nanti.

Disini dikongsiakn maklumat penting sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan banjir di kawasan anda.

1. Sentiasa cakna dan mendengar tentang update terkini di media sosial berkaitan status hujan lebat dan risiko banjir di sekitar kawasan anda.

2. Menyemak polisi insurans anda, sama ada segala harta-benda anda dilindungi dari bencana banjir atau tidak.

3. Segera menyelamatkan dan menyimpan segala dokumen penting seperti surat beranak, passport, geran tanah, polisi insuran dan dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air. Pastikan juga disimpan di tempat yang tinggi dan selamat.

4. Segera menyediakan 'kit persediaan banjir' yang mengandungi bekalan ubat, air minuman, makanan dalam tin/segera, pakaian, lampu suluh, bateri, wisel, pisau dan keperluan anak agar mereka tidak meragam semasa kejadian banjir berlaku.

5. Semak dan ambil tahu mengenai Pusat Pemindahan Sementara dan kawasan selamat jika diarahkan berpindah dari kediaman sendiri. Jangan degil jika diarahkan ke Pusat Pemindahan kerana anda akan menyusahkan pasukan penyelamat.

6. Segera bawa ahli keluarga ke tempat tinggi terutamanya kanak-kanak, OKU dan warga emas. Sebagai contoh tingkat atas (jika rumah 2 tingkat, flat, apartment).

7. Segera pindahkan harta benda ke tempat yang lebih tinggi di dalam rumah seperti di loteng atau atas almari untuk mengelakkan kerosakkan barangan yang berharga.

8. Beritahu dan pastikan anak-anak tidak bermain dengan air banjir dan elakkan diri daripada berjalan kaki di kawasan air banjir yang sedang melimpah.

9. Sekiranya sedang memandu kereta, jangan meredah kawasan yang telah dinaiki air kerana anda mungkin terperangkap atau dibawa arus yang kuat.

10. Segera tinggalkan kenderaan anda sekiranya ianya telah dinaiki air.

11. Pastikan anda dapat dilihat dengan mudah oleh pasukan penyelamat samada di waktu siang atau malam untuk memudahkan proses menyelamat yang akan dilaksanakan.

Date of Input: 06/01/2022 | Updated: 06/01/2022 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFUOAl~