KESELAMATAN DI KOLEJ KEDIAMAN | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
» TIPS KESELAMATAN » KESELAMATAN DI KOLEJ KEDIAMAN

KESELAMATAN DI KOLEJ KEDIAMAN

  1. Pelajar tidak dibenarkan keluar / masuk ke dalam kawasan kolej kediaman selepas jam 12.00 tengah malam.

  2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan blok pelajar wanita atau sebaliknya.

  3. Tidak dibenarkan memasak di dalam bilik kolej.

  4. Tidak dibenarkan menggunakan peralatan elektrik seperti water heater dan rice cooker di dalam bilik.

  5. Pelajar lelaki dan wanita tidak dibenarkan berdua-duaan di tempat-tempat sunyi atau gelap sehingga mendatangkan curiga.

  6. Tidak dibenarkan membawa orang luar masuk / tinggal di dalam bilik kolej tanpa kebenaran.

  7. Kebenaran memasuki kolej hanya diberi kepada kakitangan, pelajar dan pelawat-pelawat yang sah sahaja.

  8. Pelawat-pelawat yang memasuki kolej dikehendaki mengambil Pas Pelawat di Pos Kawalan atau surat kebenaran melawat dari pihak kolej.

  9. Pintu dan tingkap bilik hendaklah sentiasa dikunci sebelum keluar bilik dan semasa tidur.

  10. Suis kipas, lampu dan plugpoint hendaklah dimatikan sebelum keluar daripada bilik.

Kemaskini:: 27/11/2020 [miorazham]

PERKONGSIAN MEDIA

S.2025/3/17:20:23:35~noCache