NOTIS KESALAHAN LALULINTAS | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
» PERKHIDMATAN » NOTIS KESALAHAN LALULINTAS

NOTIS KESALAHAN LALULINTAS

APSeC merupakan badan penguatkuasa peraturan lalulintas dalam kampus UPM [Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005 > Bahagian IV > Tatatertib Lalulintas Jalan]. Jika anda menerima Notis Kesalahan Lalulintas, sila hadir ke Kaunter Bahagian Keselamatan UPM untuk membuat pembayaran. Sila semak saman anda di http://www.e-saman.upm.edu.my/

 

Berdasarkan Kaedah 48 (1) Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005 > Bahagian IV > Tatatertib Lalulintas Jalan,

 

"Pihak berkuasa tatatertib boleh mengikut budi bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib di bawah Bahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus dengan amaran atau denda tidak melebihi lima puluh ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Bahagian ini dengan kehadiran atau pada pendapat pihak berkuasa tatatertib:

 

Dengan syarat bahawa sebelum apa-apa hukuman dikenakan ke atas pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya suatu peluang untuk membuat, dengan serta-merta, representasi lisan berkenaan dengan kesalahan ini."

Kemaskini:: 04/10/2023 [miorazham]

PERKONGSIAN MEDIA

S.2025/3/17:20:14:58~noCache