Universiti Putra Malaysia Rai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Universiti Putra Malaysia Rai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Universiti Putra Malaysia Rai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

20 Julai 2023 – Bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), te;ah diadakan Majlis Gemilang Putra (MGP) 2023 bagi meraikan staf Universiti Putra Malaysia yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2022. Kira-kira 600 orang penerima hadir dalam majlis yang disambut dengan meriah ini.

Majlis ini juga adalah satu pengiktirafan kepada warga UPM yang memainkan peranan penting kepada pembangunan negara melalui bidang penyelidikan dan akademik. Majlis Gemilang Putra disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman (Naib Canselor UPM) yang mengucapkan tahniah kepada semua penerima.
 
Tidak ketinggalan dalam majlis ini, seramai 9 staf Bahagian Keselamatan turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atas prestasi cemerlang yang dipamirkan. Menurut Pengarah Bahagian Keselamatan, DSP/KS Nor Azlan Mohammed, beliau sangat berbangga dengan pencapaian semua staf yang menerima anugerah terutamanya kepada staf yang diberikan anugerah perkhidmatan melebihi 40 tahun. Sepanjang majlis berlangsung, seramai 20 anggota dan pegawai turut ditugaskan untuk membuat kawalan keselamatan di lokasi program bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 27/08/2023 | Updated: 06/09/2023 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFUPAr~