Operasi Kolaborasi APSeC Dan Kor SUKSIS UPM | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Operasi Kolaborasi APSeC dan Kor SUKSIS UPM

Operasi Kolaborasi APSeC dan Kor SUKSIS UPM

6 Jun 2026 - APSeC dan KOR SUKSIS UPM telah mengadakan operasi kolaborasi antara kedua-dua pihak bertujuan memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih KOR SUKSIS UPM berkaitan tugas kepolisan yg dilaksanakan oleh APSeC dalam kampus. Selain itu juga antara objektif operasi adalah mengwujudkan rasa selamat di kalangan warga kampus dengan kehadiran pegawai polis yang menjalankan tugas kawalan keselamatan dalam kampus.
 
Seramai 22 orang anggota APSeC dan pelajar SUKSIS UPM terlibat dalam operasi ini dan dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menjalankan tugas-tugas:-
 
Sekatan Jalan Raya (SJR) - Penguatkuasaan Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Lalulintas) 2026 dalam kampus (mengeluarkan notis kesalahan lalulintas).
 
Unit MPV - Tugas rondaan cegah jenayah di seluruh kampus berdasarkan checkpoint-checkpoint lokasi yang telah ditetapkan.
 
Bilik Gerakan - Mengendalikan Bilik Gerakan APSeC seperti menerima dan menghantar laporan walkie-talkie, pemantauan CCTV & LPRS serta sebagai operator panggilan kecemasan 24 jam UPM.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 22/06/2026 | Updated: 23/06/2026 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
X, (02:20:19pm-02:25:19pm, 27 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]