Seminar Dan Pameran Herba Untuk Kesihatan Dan Pemulihan | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Seminar dan Pameran Herba Untuk Kesihatan dan Pemulihan

Seminar dan Pameran Herba Untuk Kesihatan dan Pemulihan

 
11 Julai 2023 – Bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan TNCPI UPM telah berlangsung satu seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni UPM dengan Kerjasama Jabatan Pertanian, MARDI, FRIM, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Seminar ini memfokuskan kesedaran dan halatuju industri produk berasaskan herba serta faedahnya untuk kesihatan dan pemulihan bagi penyakit terpilih.
 
Polis Bantuan UPM telah mengaturkan anggota dan pegawai untuk menjalankan kawalan keselamatan kepada program ini yang dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Nurfariza Ngah (Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) yang mewakili KKM serta YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman. Polis Bantuan UPM juga turut menjalankan tugas iringan rapat VIP serta kawalan lalulintas di sekitar kawasan Bangunan TNCPI.
 
Turut berlangsung majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara HERBagus bersama Persatuan Alumni UPM yang mana disaksikan oleh YBhg. Datuk Dr. Nurfariza Ngah, YBhg. Dato’. Prof Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM serta YBhg. Dato Syed Abd Rahman. Majlis diakhiri dengan menyampaian cenderahati dan sesi bergambar serta lawatan ke booth pameran sebelum tetamu berangkat pulang.
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 30/07/2023 | Updated: 06/09/2023 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFUMAQ~