Program Kempen ‘Aku Nak Sihat’ | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Program Kempen ‘Aku Nak Sihat’

Program Kempen ‘Aku Nak Sihat’

24 Januari 2025 - APSeC / Polis Bantuan UPM dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti UPM (PKU) telah menganjurkan kempen ‘Aku Nak Sihat’ bertempat di Dewan SUKSIS, Kolej Pendeta Za’ba UPM. Antara objektif program adalah memberi kesedaran kepada semua staf APSeC berkaitan kepentingan menjaga kesihatan diri serta melahirkan tenaga kerja yang sihat dan cergas. Program yang melibatkan seramai 40 orang staf APSeC dan PKU ini menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kadar gula dalam darah, BMI (Body Mass Index), ujian tekanan darah, pemeriksaan pergigian, M-Quit (konsultasi berhenti rokok) dan sesi perkongsian ilmu bertajuk Penjagaan Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Rusydi Nawawi dari PKU.

Date of Input: 08/04/2025 | Updated: 08/04/2025 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
F, (07:38:13pm-07:43:13pm, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]