Perbarisan Tamat Latihan Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 8/2024 | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Perbarisan Tamat Latihan Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 8/2024

Perbarisan Tamat Latihan Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 8/2024

6 Disember 2024 - 2 orang anggota APSeC / Polis Bantuan UPM iaitu Konst/PB Mohd Khairul Ikram bin Ismail @ Mahyuddin dan Konst/PB Muhamad Yusrie bin Sirajuddin telah berjaya menamatkan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 8/2024 yang telah diadakan di Maktab Teknik PDRM Bakri Muar, Johor dari 6 Oktober hingga 6 Disember 2024.
 
Majlis perbarisan tamat latihan telah disempurnakan oleh DCP Dato’ Azman bin Ayob, Timbalan Pengarah (Operasi), JPJKK Bukit Aman. Seramai 292 orang pelatih pegawai dan anggota polis bantuan dari seluruh negara yang terdiri daripada 185 lelaki dan 107 wanita telah berjaya menamatkan kursus ini. Tahniah diucapkan.
 
 
 
 

Date of Input: 07/02/2025 | Updated: 07/02/2025 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
S.2025/3/17:23:18:06~noCache