4 Mac 2024 - APSeC / Polis Bantuan UPM telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengarah Keselamatan Universiti Awam (JPKUA) Kali Ke-31 Bil. 2/2024 bertempat di Bilik Lembaga, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM yang dipengerusikan oleh YDH. DSP/KS Norazlan Mohammed, Pengarah Pusat Polis Bantuan & Keselamatan Universiti, UPM merangkap Pengerusi JPKUA.
Dalam program tersebut turut diadakan Sesi Taklimat Pembentangan Hasil Focus Group Discission (FGD) & Cadangan Indeks Keselamatan Kampus yang telah disampaikan oleh Dr. Beni Widarman Yus Kelana, Pengarah Keselamatan UTM. Selain itu juga telah diadakan Sesi Dialog bersama YBrs. Tuan Muhazam Mansor, Pendaftar UPM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendaftar-Pendaftar Universiti Awam bagi memberi ruang dan peluang kepada semua ahli menyuarakan pandangan berkaitan perkhidmatan keselamatan di universiti awam.
Dan yang terakhir Sesi Perkongsian Ilmu / Best Practice Sharing berkaitan operasi perkhidmatan keselamatan di universiti masing-masing yang disampaikan oleh ASP/PB Ibrahim Hassan. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli dan pihak terlibat dalam menjayakan program ini.
Date of Input: 27/04/2024 |
Updated: 02/07/2024 | miorazham
MEDIA SHARING