Majlis Sambutan Sedekad Penubuhan Pasukan Polis Bantuan UPM | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Majlis Sambutan Sedekad Penubuhan Pasukan Polis Bantuan UPM

Majlis Sambutan Sedekad Penubuhan Pasukan Polis Bantuan UPM

30 Ogos 2023 - Majlis Sambutan Sedekad Penubuhan Pasukan Polis Bantuan UPM telah diadakan di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM bagi mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkah oleh pegawai dan anggota Polis Bantuan UPM selama ini dalam usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dalam kampus.
 
Majlis yang dihadiri oleh pihak pengurusan universiti, mantan-mantan Pengarah Keselamatan, pesara-pesara dan warga Polis Bantuan UPM ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.
 
Pada 10 tahun yang lalu bertepatan pada tarikh keramat 24 Jun 2013, UPM telah mencipta satu sejarah baharu di mana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penuh takzimnya telah menyerahkan Watikah Penubuhan Pasukan Polis Bantuan UPM kepada pihak UPM dalam satu majlis ringkas yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Khalid Abu Bakar kepada Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 30/09/2023 | Updated: 04/10/2023 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFUOAq~