Majlis Perasmian AEON Big BubblesO2 Liga Besbol Kebangsaan 2023 | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Majlis Perasmian AEON Big BubblesO2 Liga Besbol Kebangsaan 2023

Majlis Perasmian AEON Big BubblesO2 Liga Besbol Kebangsaan 2023

9 Julai 2023 - Polis Bantuan UPM telah menugaskan seramai 15 orang anggota untuk membuat kawalan keselamatan program Liga Besbol Kebangsaan 2023 yang dianjurkan oleh Persekutuan Besbol Malaysia (BMF) bertempat di Padang B, UPM.
 
Program ini telah disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan dalam titah ucapan baginda berharap agar program ini tidak terhenti di sini. DYMM Tuanku turut bertitah semasa majlis perasmian Aeon Big BubblesO2 Liga Besbol Kebangsaan 2023 di Padang Besbol UPM bahawa kerjasama berterusan dari semua pihak dalam merencanakan program-program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi meningkatkan kualiti sukan besbol di arena kebangsaan seterusnya antarabangsa.
 
Turut hadir dalam program ini adalah DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Liga Besbol Kebangsaan 2023 telah bermula pada 10 Jun 2023 berlangsung selama enam minggu pada setiap hari Sabtu dan Ahad yang melibatkan 184 orang pemain serta penyertaan dari beberapa negeri Semenanjung Malaysia
 
Sementara itu, Menteri Belia Dan Sukan, YB Hannah Yeoh yang turut hadir dalam acara perasmian tersebut mengulas kerjasama dua hala pihak persatuan sukan dan UPM merupakan antara perkara penting dalam pertukaran kepakaran dan teknikal sukan besbol. Anggota Polis Bantuan UPM dengan diketuai oleh ASP/PB Ibrahim bin Hassan turut menjalankan tugas pengiringan VVIP dan kawalan rapat bagi memastikan keselamatan jemputan terutamanya DYMM Tuanku sepanjang program berlangsung.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 27/07/2023 | Updated: 06/09/2023 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFULAj~