Majlis Penyerahan Kenderaan “Mini Moke Austin Morris” | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Majlis Penyerahan Kenderaan “Mini Moke Austin Morris”

Majlis Penyerahan Kenderaan “Mini Moke Austin Morris”

24 November 2022 - Anggota Polis Bantuan UPM telah membuat kawalan keselamatan bagi Majlis Penyerahan Kereta “Mini Moke Austin Morris" bertempat di perkarangan Bangunan Canselori Putra UPM. Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan disaksikan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) UPM telah menerima penyerahan kereta “Mini Moke Austin Morris" tersebut yang telah melalui proses pemulihan yang dilakukan oleh Fakulti Kejuruteraan UPM.

Proses pemilihan dan pemulihan terhadap kenderaan yang mempunyai makna dan sejarah panjang berkaitan UPM ini diharapkan dapat memberi impak secara langsung kepada generasi muda di kalangan pelajar UPM masa kini. Kenderaan yang didaftarkan pada tahun 1973 ini pernah digunakan oleh Pengarah Ladang pada satu ketika dahulu bernama "Pak Rasyid" untuk membuat rondaan sekitar kawasan ladang di dalam UPM. Proses pemulihan kenderaan tersebut memakan masa selama 7 bulan dan ianya amat berbaloi untuk dikongsi buat tatapan semua warga UPM.

 

Date of Input: 28/12/2022 | Updated: 10/01/2023 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFULAm~