Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Ramadhan APSeC 1447H | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC) apsec
» NEWS » Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Ramadhan APSeC 1447H

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Ramadhan APSeC 1447H

13 Mac 2026 - Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti (APSeC) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak UPM (WAZAN) telah mengadakan Program Ihya’ Ramadhan APSeC bertempat di Dewan Jauhari, KOSASS. Seramai 120 orang pegawai dan anggota APSeC serta staf pentadbiran telah dijemput hadir bersama-sama ahli keluarga untuk memeriahkan lagi majlis ini.
 
Antara objektif penganjuran majlis ini ialah mengukuhkan semangat kerjasama di kalangan warga APSeC, menyemarakkan aktiviti amal jariah sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini, menyuntik semangat baharu di dalam diri bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di samping mendapatkan keberkatan dalam amalan dan pekerjaan di bulan Ramadhan.
 
Antara tetamu kehormat yang hadir dalam program ini ialah YBrs. En. Muhazam bin Mansor (Pendaftar UPM) dan Tn. Hj. Haris bin Dahlan (Pengarah WAZAN UPM). Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sekalung penghargaan juga ditujukan kepada WAZAN UPM yang telah menaja Bakul Ramadhan untuk disumbangkan kepada para penerima di kalangan warga APSeC.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 13/04/2026 | Updated: 13/04/2026 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
X, (04:49:14am-04:54:14am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]