Lawatan Kerja Ke UMT Dan UNISZA | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Lawatan kerja ke UMT dan UNISZA

Lawatan kerja ke UMT dan UNISZA

5 Julai 2025 - Seramai 40 orang pegawai dan anggota APSeC telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Keselamatan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 2-4 Julai 2025.
 
Selain daripada bertukar-tukar pendapat berkaitan penugasan perkhidmatan kawalan keselamatan serta sesi perkongsian ilmu, antara objektif lawatan juga adalah menjalinkan kerjasama erat di antara kedua-dua pihak dalam mendepani cabaran isu keselamatan kampus masa akan datang yang kian mencabar.
 
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Aisamuddin bin Abd Jalil (Pengarah Bahagian Keselamatn UMT) dan Tuan Shamree bin Indanan (Pengarah JKKP UniSZA) serta semua warga BK UMT dan JKKP UniSZA yang sudi menerima kunjungan kami dan semoga ikatan ukhwah yang terjalin kekal buat selamanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 11/09/2025 | Updated: 11/09/2025 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
F, (09:15:09am-09:20:09am, 17 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]