Lawatan Kerja Ke Tapak Projek Usahawantani Putra-Perhebat Oleh Timbalan Menteri Pertahanan. | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Lawatan Kerja Ke Tapak Projek Usahawantani Putra-Perhebat Oleh Timbalan Menteri Pertahanan.

Lawatan Kerja Ke Tapak Projek Usahawantani Putra-Perhebat Oleh Timbalan Menteri Pertahanan.

Lawatan Kerja Ke Tapak Projek Usahawantani Putra-PERHEBAT Oleh Timbalan Menteri Pertahanan.

 

11 Julai 2023 - Usahawantani adalah program usaha sama PERHEBAT & Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program Usahawantani menawarkan latihan & bimbingan berstruktur dalam bidang pertanian khusus untuk anggota ATM yang sedang mengikuti latihan peralihan & veteran ATM yang telahpun terlibat dalam bidang ini. Ia merupakan lonjakan kerjaya kedua buat mereka sekaligus menyokong inisiatif kerajaan dalam memperkasa keterjaminan makanan negara.
Menyedari usaha ini, Timbalan Menteri Pertahanan YB Adly Zahari telah membuat lawatan di sekitar kawasan UPM terutamanya lokasi yang digunakan sebagai tapak pembelajaran bagi program ini. Sesi lawatan yang diketuai Ybrs. Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Sakimin selaku Pengarah PPP ini telah memberikan input yang jelas kepada pihak PERHEBAT tentang struktur pembelajaran yang dilaksanakan di UPM.
Polis Bantuan UPM telah diamanahkan untuk membuat kawalan keselamatan di sekitar lokasi-lokasi lawatan serta tugas iringan rapat VVIP sepanjang program berlangsung. Lokasi yang melibatkan kawalan anggota Polis Bantuan UPM adalah di Unit Nurseri Bahan Tanaman, Unit Sayur-sayuran, Unit Agroteknologi, Unit Puyuh dan PutraMart. Selain itu, Unit MPV juga menjadi unit yang mengiringi tetamu jemputan ke semua lokasi lawatan.
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 27/08/2023 | Updated: 27/08/2023 | roshaizak

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFUPAC~