14 Sept 2023 –
APSeC / Polis Bantuan UPM dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM (HSAAS) telah menerima lawatan kerja dari Jabatan Keselamatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dalam lawatan tersebut telah diadakan sesi perkongsian ilmu serta bertukar-tukar pendapat berkaitan tugas kawalan keselamatan khususnya di premis hospital. Delegasi dari Jabatan Keselamatan USIM diketuai oleh DSP/KS Mohd Shahrul Nizam Mohamed Shamsuddin manakala pihak
APSeC / Polis Bantuan UPM diketuai oleh DSP/KS Norazlan bin Mohammed.
Delegasi Jabatan Keselamatan USIM telah diberikan taklimat ringkas berkaitan sistem kawalan keselamatan di HSAAS serta dibawa melawat ke sekitar kawasan premis HSAAS. Hasil dari lawatan ini telah memberikan impak positif dalam perkara yang melibatkan soal keselamatan fizikal universiri serta membuka idea-idea baharu kepada kedua-dua belah pihak. Terima kasih di atas kehadiran pihak Jabatan Keselamatan USIM ke UPM.
Date of Input: 28/10/2023 |
Updated: 28/10/2023 | roshaizak
MEDIA SHARING