20 Januari 2026 - APSeC yang diketuai oleh DSP/KS Norazlan bin Mohammed (Pengarah Keselamatan) telah mengadakan lawatan kunjungan hormat ke Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan bertujuan bagi mewujudkan jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi khususnya dalam aspek keselamatan, pengurusan kes kecemasan dan kesiapsiagaan menghadapi apa-apa insiden dan bencana dalam kampus.
Terima kasih diucapkan kepada warga Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan yang diketuai oleh Pegawai Operasi PBK II Che Razak bin Ngah kerana sudi menerima kunjungan kami dan sedia memberikan apa-apa bantuan kepada pihak kami dari segi latihan dan perkhidmatan kebombaan kepada warga UPM khususnya warga APSeC.
Date of Input: 16/02/2026 |
Updated: 16/02/2026 | miorazham
MEDIA SHARING