Larian Diabetes Day AMSA UPM | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Larian Diabetes Day AMSA UPM

Larian Diabetes Day AMSA UPM

3 Jun 2023 - Seramai 20 anggota termasuk 2 pegawai Bahagian Keselamatan UPM menjalankan tugas kawalan keselamatan serta lalulintas bagi program larian Diabetes Day. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Perubatan Asia (AMSA) UPM ini telah menarik minat kira-kira 750 penyertaan. Anggota BKU menggalas tanggungjawab membantu melancarkan trafik serta memastikan keselamatan peserta larian ini. Pegawai Medan BKU, ASP/PB Ibrahim Hassan memaklumkan semua anggota telah menjalankan tugas dengan baik dan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung. Larian yang bermula jam 8.20 pagi ini dilepaskan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof. Dr. Normala Ibrahim dan tamat kira-kira jam 11.00 pagi.

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 26/06/2023 | Updated: 28/06/2023 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFUOAq~