27 Disember 2023 - Pihak APSeC / Polis Bantuan UPM telah menerima kunjungan sahabat-sahabat dari Hospital Pengajar, Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA), Kuala Terengganu. Tujuan kunjungan ini adalah sebagai lawatan penanda aras serta pertukaran maklumat & pengalaman dalam sistem kawalan keselamatan terutamanya pengendalian CCTV dan perkhidmatan keselamatan keselamatan swasta. Kunjungan dari HPUniSZA yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) En. Ahmad Termizi bin Ab. Aziz serta 6 pegawai lain ini disambut oleh Pengarah APSeC, DSP/KS Norazlan bin Mohammed bertempat di pejabat APSeC / Polis Bantuan UPM. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dari HPUniSZA kerana sudi berkunjung ke APSeC / Polis Bantuan UPM.
Date of Input: 29/02/2024 | Updated: 05/03/2024 | miorazham
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan Malaysia