Kawalan Keselamatan Program Jom Run 916 UPM Kampus Bintulu | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Kawalan Keselamatan Program Jom Run 916 UPM Kampus Bintulu

Kawalan Keselamatan Program Jom Run 916 UPM Kampus Bintulu

16 September 2023 – Bertempat di Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu (UPMKB) kira-kira seramai 500 orang di kalangan warga UPMKB dan orang awam telah menyertai program Jom Run 916 anjuran UPMKB dan Bintulu Chinese Chamber Of Commerce & Industry (BCCI). Seramai 7 anggota dari APSeC / Polis Bantuan UPM Kampus Bintulu telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan tugas kawalan keselamatan sepanjang program berlangsung.
 
Semua anggota yang terlibat ditugaskan di sekitar laluan dan lokasi yang strategik bagi memastikan kelancaran program yang bermula dari jam 6.30 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi itu. Acara bermula di Dewan Sri Kenyalang di mana semua peserta berkumpul dan seterusnya diadakan acara senamrobik sebelum aktiviti larian dimulakan. Turut hadir dalam program berkenaan wakil ADUN Tanjung Batu, Pn. Angeline Stephen Rajang dan Pengarah Kampus UPMKB Prof. Dr. Shahrul Razid Bin Sarbini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 28/10/2023 | Updated: 19/12/2023 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFUMAM~