Kawalan Keselamatan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Kawalan Keselamatan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023

Kawalan Keselamatan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023

15 Ogos 2023 – Berlangsung selama 3 hari, Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 telah diadakan di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Persidangan yang julung kali diadakan di UPM ini telah mendapat penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan, perbankan serta komuniti pertanian yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri pertanian dan sekuriti makanan.

Polis Bantuan UPM telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas kawalan keselamatan sepanjang program berlangsung. Aspek keselamatan yang diutamakan adalah pada tetamu jemputan yang merasmikan pembukaan dan penutupan majlis tersebut. Pada hari pertama kawalan keselamatan tertumpu kepada Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin yang hadir untuk merasmikan persidangan tersebut.

Pada hari penutupan persidangan tersebut, Polis Bantuan UPM menjalankan kawalan keselamatan dan pengiringan rapat kepada tetamu kehormat YB. Datuk Seri Haji Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) yang memberikan ucapan penutup program tersebut.

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 14/09/2023 | Updated: 15/09/2023 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFULAE~