Kawalan Keselamatan Majlis Naratif Naib Canselor 2023 | AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
» NEWS » Kawalan Keselamatan Majlis Naratif Naib Canselor 2023

Kawalan Keselamatan Majlis Naratif Naib Canselor 2023

15 Februari 2023 – Majlis Naratif Naib Canselor bagi tahun 2023 telah diadakan di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bahagian Keselamatan Universiti diberikan kepercayaan oleh Universiti untuk membuat kawalan keselamatan semasa majlis tersebut berlangsung yang mana dihadiri oleh kira-kira 600 orang jemputan.
 
Majlis naratif oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr Mohd Roslan bin Sulaiman ini adalah naratif ketiga beliau sejak dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Antara jemputan yang turut hadir dalam majlis ini adalah YBhg. Prof. Emiritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo selaku Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti. Intipati ucapan YBhg. Dato’ Naib Canselor adalah 7 Ikhtiar bertemakan “MEMAHAT GEMILANG MEMBINGKAS KELANGSUNGAN AL-FALAH” iaitu kesinambungan kepada 2 naratif beliau sebelum ini.
 
YBhg. Dato’ Naib Canselor menekankan dasar hala tuju dan perjalanan UPM diantaranya adalah dengan memperteguh sumbangan dalam bidang pertanian, menjajarkan penyelidikan dan jaringan ke arah inovasi sosial, menjulang pemerkasaan mahasiswa dan memperkemas strategi hijau dan tadbir urus yang baik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 25/03/2023 | Updated: 07/04/2023 | miorazham

MEDIA SHARING

AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 7930
SXFUNAa~