12 Mei 2024 - APSeC / Polis Bantuan UPM telah berjaya mematahkan cubaan mencuri kabel bawah tanah milik UPM bertempat di Persiaran Universiti 1 dalam satu kejadian yang berlaku pada hari ni jam 0500 hrs.
Semasa kejadian, 2 orang anggota Unit Cegah Jenayah APSeC sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah telah terserempak dengan sebuah kenderaan (suspek) di lokasi kejadian dalam keadaan mencurigakan. Menyedari kehadiran anggota APSeC, suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan lebih kurang 50 meter kabel tembaga yang telah dipotong dari manhole kabel bawah tanah.
Nilai kabel yang telah dipotong dianggarkan berjumlah RM13,000.00. Kes telah dilaporkan ke pihak polis untuk tindakan lanjut.
Date of Input: 31/05/2024 |
Updated: 02/07/2024 | miorazham
MEDIA SHARING