Cuai Membawa Padah
SLOGAN “Pandu Cermat Jiwa Selamat†seringkali disebut dan kelihatan banyak papan tanda peringatan berkaitan pemanduan selamat dipamerkan di jalan raya. Namun, sejauhmanakah
penghayatan terhadap slogan dan papan tanda peringatan ini memberi kesedaran kepada para pemandu? Mutakhir, kes kematian Nur Alisha Safiya Mohd Azlin yang berusia tujuh tahun telah menjadi isu hangat diperkatakan berikutan kecuaian pemandu wanita van sekolah terbabit.
Sebelum itu, kejadian sama juga turut berlaku pada tahun 2019 di Pulau Pinang yang membabitkan pelajar lelaki tahun satu berbangsa cina yang maut digilis van sekolah ketika pulang dari sesi persekolahan. Hal ini perlu dipandang serius oleh para pemandu van atau bas sekolah untuk tidak melakukan kecuaian dan mengorbankan nyawa mereka yang masih kecil.