Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar UPM bahawa Bahagian Keselamatan akan mula membuka kaunter untuk permohonan dan pengedaran Pelekat Kenderaan Pelajar Sesi 2018/2019 pada 18 September 2018 hingga 4 Oktober 2018. Sepanjang tempoh tersebut tiada Notis Saman Lalulintas akan dikeluarkan untuk kesalahan tidak memiliki pelekat kenderaan.
Makluman terkini. Tarikh terakhir pembukaan kaunter permohonan Pelekat Kenderaan Pelajar pada hari Sabtu & Ahad adalah pada 13-14 Oktober 2018 sahaja. Selepas tarikh tersebut permohonan perlu dibuat pada hari berkerja semula (Isnin-Jumaat). Tindakan ini bertujuan memberi laluan kepada persiapan tugas kawalan keselamatan Majlis Konvokesyen UPM Ke-42 yang akan diadakan pada 27-30 Oktober 2018. Sekian harap maklum.
Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar UPM bahawa Bahagian Keselamatan akan mula membuka kaunter untuk permohonan dan pengedaran Pelekat Kenderaan Pelajar Sesi 2019/2020 pada 17 September 2019 hingga 31 Oktober 2019. Sepanjang tempoh tersebut tiada Notis Saman Lalulintas akan dikeluarkan untuk kesalahan tidak memiliki pelekat kenderaan.
Iklan Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) Bilangan 1 Tahun 2021 telah dibuka.
Permohonan boleh dibuat melalui link berikut
Polis Bantuan UPM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan untuk mengisi jawatan:-
1) Pegawai Keselamatan (KP41) - Inspektor Polis Bantuan
2) Pembantu Keselamatan (KP19) - Sarjan Polis Bantuan
3) Pengawal Keselamatan (KP11) - Konstabel Polis Bantuan
Borang permohonan sila ke https://ejobs.upm.edu.my/
Polis Bantuan UPM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan untuk mengisi jawatan:-
1) Pengawal Keselamatan (KP11) - Konstabel Polis Bantuan
Borang permohonan sila ke https://ejobs.upm.edu.my/
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan Malaysia