Pelekat Kenderaan Pelajar dikeluarkan oleh APSeC bagi tujuan pendaftaran kepada kenderaan-kenderaan yang digunakan oleh para pelajar di dalam kampus. Kelayakan untuk mendapatkan pelekat ini ialah:-
PELEKAT KENDERAAN - KERETA
Pelajar Program Master dan Phd ; atau
Pelajar tahun akhir (Perlu sertakan salinan daftar subjek) ; atau
Pelajar bukan tahun akhir tetapi membuat latihan amali/projek. (Perlu sertakan surat pengesahan daripada penyelia dan dimajukan kepada Pengarah Keselamatan untuk mendapatkan kelulusan) ; atau
Pelajar Luar Kampus ; atau
Pelajar yang memegang jawatan dalam Majlis perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM). (Perlu menghantar senarai nama MPP dan MTM setiap kolej kepada Pengarah Keselamatan).
PELEKAT KENDERAAN - MOTOSIKAL
Pelajar Program Master dan Phd; atau
Pelajar Program Diploma dan Bacelor (tahun dua dan ke atas sahaja).
Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Pelajar melalui laman sesawang Putra ASIS. Pemohon dikehendaki mengisi borang tersebut dengan lengkap.