15 November 2025 - APSeC dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM (PKPP) telah mengadakan Program Jiwa Putra@PKPP Semester Pertama Sesi 2025/2026 bertempat di Pejabat Pentadbiran APSec dan Pejabat Operasi APSeC. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menanam anak pokok buah-buahan dan gotong-royong membersihkan sekitar perkarangan pejabat. Antara objektif program yang dihadiri oleh 50 orang staf APSeC dan pelajar UPM ini adalah melestarikan UPM sebagai kampus hijau serta melahirkan warga UPM yang sihat dan cerdas.









Tarikh Input: 20/01/2026 | Kemaskini: 20/01/2026 | miorazham

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan Malaysia