26 Februari 2026 - Pusat Wakaf, Zakat dan Infak UPM (WAZAN) dengan kerjasama KEPERTAMA telah menganjurkan Program "Jangan Skip Sahur" yang berupa sumbangan makanan untuk bersahur kepada staf-staf UPM yang bertugas pada syif malam di APSeC dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM (HSAAS).
Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. En. Muhazam bin Mansor, Pendaftar UPM. Program yang bermula jam 10.00 malam hingga jam 12.00 tengah malam ini bertujuan menyantuni staf-staf UPM yang sedang bertugas pada waktu malam bagi menyampaikan perkhidmatan kepada warga kampus dan masyarakat tanpa rasa jemu dan lelah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
Tarikh Input: 13/04/2026 |
Kemaskini: 13/04/2026 | miorazham
PERKONGSIAN MEDIA