Program Ihya' Ramadhan APSeC | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
» BERITA » Program Ihya' Ramadhan APSeC

Program Ihya' Ramadhan APSeC

20 Mac 2025 - Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti (APSeC) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak UPM (WAZAN) telah mengadakan Program Ihya’ Ramadhan APSeC bertempat di Dewan Sri Bendahara, Kolej Pendeta Za'aba. Seramai 160 orang pegawai dan anggota APSeC serta staf pentadbiran telah dijemput hadir bersama-sama ahli keluarga untuk memeriahkan lagi majlis ini.
 
Antara objektif penganjuran majlis ini ialah mengukuhkan semangat kerjasama di kalangan warga APSeC, menyemarakkan aktiviti amal jariah sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini, menyuntik semangat baharu di dalam diri bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di samping mendapatkan keberkatan dalam amalan dan pekerjaan di bulan Ramadhan.
 
Acara dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Mohd Firdaus bin Ramlan dari Syarikat CJM Global yang menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Integriti Bukan Lupa Tapi Alpa’ bertempat di Dewan Kor SUKSIS UPM. Seterusnya, program diteruskan dengan acara penyerahan sumbangan Bakul Ramadhan yang ditaja oleh WAZAN UPM kepada 40 orang golongan asnaf di kalangan staf APSeC dan juga penyerahan cenderahati kenangan kepada 3 orang anggota Polis Bantuan yang akan bersara pada 4 April 2025 dan 16 Jun 2025 yang disempurnakan oleh YBrs. En. Muhazam bin Mansor, Pendaftar UPM yang juga turut dijemput bagi memeriahkan majlis.
 
Program diteruskan lagi dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak staf APSeC sebelum acara berbuka puasa dan diakhiri dengan solat berjemaah serta sesi beramah mesra sebelum bersurai. APSeC komited dalam memastikan semua pegawai dan anggota dapat bersama-sama dalam majlis seperti ini agar jalinan silaturahim dibina berkekalan dan akhirnya dapat membantu APSeC dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Universiti dan warganya.
 
Semoga dengan penganjuran Program Ihya' Ramadan peringkat APSeC pada kali ini, kita dapat menghayati keistimewaan dan kelebihan bulan Ramadan dan memperoleh keberkatan serta keredhaan daripada Allah SWT. Marilah kita sama-sama mengambil manfaat daripada setiap detik dalam bulan Ramadan ini untuk memperbaiki diri dan menambah amal soleh, semoga amalan kita diterima oleh-Nya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 08/04/2025 | Kemaskini: 08/04/2025 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
F, (01:28:33am-01:33:33am, 06 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]