Perhimpunan Staf APSeC Bulan Ogos 2024 | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
» BERITA » Perhimpunan Staf APSeC Bulan Ogos 2024

Perhimpunan Staf APSeC Bulan Ogos 2024

8 Ogos 2024 - Perhimpunan Bulanan Staf APSeC / Polis Bantuan UPM (Ogos) telah diadakan di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra UPM yang disempurnakan oleh DSP/KS Norazlan bin Mohammed, Pengarah APSeC. Selain daripada amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah, turut diadakan sesi penyampaian Sijil Perlantikan Polis Bantuan dan pemakaian pangkat Sarjan/PB kepada:-
 
1. Sjn/PB Mohd Nor Safuan bin Kharudin
2. Konst/PB Mohd Ali Hanafiah bin Mokhtar
3. Konst/PB Mohamad Syafiq bin Ahmad Fuad
4. Konst/PB Wan Muhammad Salihin bin Wan Azzam
 
Selain itu juga turut diadakan penyampaian Anugerah EKSA Peringkat PTJ selepas melepasi Penilaian Kendiri EKSA Kali ke-2 yang telah diadakan pada 27 Jun 2024 yang lepas. 4 kategori anugerah yang disampaikan iaitu:-
 
1. Anugerah Go Green Terbaik - Sektor 2
2. Anugerah Hasil Kreatif Terbaik - Golf 1
3. Anugerah Tandas Terbaik - Sektor 1
4. Anugerah Ruang Kerja Terbaik - Pn Suhaila Othman
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 22/08/2024 | Kemaskini: 22/08/2024 | roshaizak

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
S, (03:53:06pm-03:58:06pm, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]