22 Oktober 2025 - Pihak Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor yang terdiri daripada Insp Nor Nadia binti Ahmad Shukri, Sjn Mohd Rafhan bin Abdullah, Sjn Siti Marliana binti Mohd Zaini dan Konst Muhammad Hakim bin Abd Hadi Loo telah mengadakan Pemeriksaan dan Pemantauan Pasukan Polis Bantuan Kontingen Selangor Tahun 2025 bertempat di Pejabat Operasi, APSeC UPM.
Objektif sesi pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan adalah bagi memastikan semua pasukan polis bantuan termasuk APSeC mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah digariskan oleh PDRM bagi mencapai tahap standard perkhidmatan kepolisan yang telah ditetapkan. Antara perkara-perkara yang diperiksa ialah kawad pasukan, perjawatan, penugasan, senjata api, bilik gerakan, kenderaan pasukan dan sebagainya.
Tarikh Input: 17/12/2025 |
Kemaskini: 17/12/2025 | miorazham
PERKONGSIAN MEDIA