25 September 2023 - ‘Ops Lusuh’ telah dilaksanakan oleh anggota APSeC / Polis Bantuan UPM bagi memberi peringatan kepada pemilik-pemilik kenderaan lusuh/terbiar yang diletakkan dalam kawasan kampus agar membawa keluar kenderaan-kenderaan tersebut sebelum tindakan sita dikenakan. Selain daripada mencacatkan pemandangan kawasan kampus, kenderaan-kenderaan ini juga boleh mengundang kejadian yang tidak diingini seperti vandalism, kecurian komponen kenderaan serta penularan wabak denggi.
Tarikh Input: 30/11/2023 | Kemaskini: 19/12/2023 | miorazham

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan Malaysia