27 April 2025 - APSeC dan KOR SUKSIS UPM telah mengadakan operasi kolaborasi antara kedua-dua pihak bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar SUKSIS UPM berkaitan tugas kepolisan yg dilaksanakan oleh APSeC dalam kampus. Selain itu juga antara objektif operasi adalah mengwujudkan rasa selamat di kalangan warga kampus dengan kehadiran pegawai polis yang menjalankan tugas kawalan keselamatan dalam kampus.
Seramai 27 orang anggota APSeC dan pelajar SUKSIS UPM terlibat dalam operasi ini dan dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk menjalankan tugas-tugas:-
Unit Trafik- Penguatkuasaan peraturan lalulintas dalam kampus seperti mengeluarkan notis saman, clamping (sita tayar kenderaan) dan pemasangan papan tanda penunjuk arah.
Unit MPV - Tugas rondaan keselamatan di seluruh kampus berdasarkan checkpoint-checkpoint lokasi yang telah ditetapkan.
Unit Cegah Jenayah - Tugas rondaan bit dalam kampus bagi mencegah kejadian jenayah dan aktiviti-aktiviti yang melanggar peraturan universiti.
Bilik Gerakan - Mengendalikan Bilik Gerakan APSeC seperti menerima dan menghantar laporan walkie-talkie, pemantauan CCTV & LPRS serta sebagai operator panggilan kecemasan 24 jam UPM.
Tarikh Input: 07/05/2025 |
Kemaskini: 07/05/2025 | miorazham
PERKONGSIAN MEDIA