Majlis Himpunan Mahasiswa Madani | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
» BERITA » Majlis Himpunan Mahasiswa Madani

Majlis Himpunan Mahasiswa Madani

16 Mei 2023 - Majlis Himpunan Mahasiswa Madani dengan membawa slogan “Malaysia Madani dan Masa Depan Anak Muda” anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dengan kerjasama Yayasan Graduan serta Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan di Dewan PKKSSAAS UPM. Selapas ucapan alu-aluan dari YBhg Prof. Dr Ariffin Abdu selaku Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM, majlis diteruskan dengan ucapan tetamu kehormat YBhg. Dato’ Hj. Mohd Faizal Daud (Yayasan Graduan) dan YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Agus Yusof, Ketua Pengarah J-Kom. Program diteruskan dengan sesi townhall bersama panel kehormat YBhg Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid. Bahagian Keselamatan telah ditugaskan untuk membuat pengiringan rapat bagi semua tetamu kehormat dan membuat kawalan lalulintas sepanjang program berlangsung. Majlis diakhiri penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat, sesi bergambar dan ramah mesra dengan para mahasiswa yang hadir program tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 26/06/2023 | Kemaskini: 28/06/2023 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
X, (03:20:00pm-03:25:00pm, 04 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]