21 Januari 2025 - APSeC telah menerima kunjungan / lawatan penanda aras dari pasukan Polis Bantuan UiTM Selangor yang terdiri daripada 20 orang anggota dan pegawai yang diketuai oleh DSP/PB Suria Hj Kamis.
Selain daripada bertukar-tukar pandangan berkaitan penugasan polis bantuan dalam kampus, antara objektif lawatan juga adalah mengwujudkan jaringan kerjasama dalam bidang tugas kepolisan serta mengeratkan hubungan di antara kedua-dua pihak. Terima kasih diucapkan kepada Polis Bantuan UiTM Selangor kerana sudi bertandang ke kampus kami.
Tarikh Input: 20/03/2025 |
Kemaskini: 20/03/2025 | miorazham
PERKONGSIAN MEDIA