Lawatan JPJKK Bukit Aman Ke Polis Bantuan UPM | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
» BERITA » Lawatan JPJKK Bukit Aman ke Polis Bantuan UPM

Lawatan JPJKK Bukit Aman ke Polis Bantuan UPM

21 November 2024 - YDH SAC Ismadi bin Borhan, Ketua Penolong Pengarah, Koordinasi Sumber Sokongan (KSS), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman serta diiringi oleh DSP Tan Cheng Kiat, DSP Polis Bantuan, JPJKK Bukit Aman telah mengadakan lawatan ke pasukan Polis Bantuan UPM.
 
Tetamu kehormat telah disambut oleh Tuan Norazlan bin Mohammed, Pengarah Keselamatan UPM serta pegawai-pegawai kanan Polis Bantuan UPM. Selain daripada menyampaikan amanat dan arahan semasa dari pucuk pimpinan PDRM, tujuan lawatan juga adalah menjalinkan kerjasama dalam urusan pentadbiran polis bantuan serta mengeratkan lagi hubungan antara pihak JPJKK dan warga Polis Bantuan UPM.
 
 

Tarikh Input: 17/01/2025 | Kemaskini: 17/01/2025 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
W, (04:10:51pm-04:15:51pm, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]