Lawatan APSeC Ke Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Kembangan | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC) apsec
» BERITA » Lawatan APSeC ke Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan

Lawatan APSeC ke Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan

20 Januari 2026 - APSeC yang diketuai oleh DSP/KS Norazlan bin Mohammed (Pengarah Keselamatan) telah mengadakan lawatan kunjungan hormat ke Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan bertujuan bagi mewujudkan jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi khususnya dalam aspek keselamatan, pengurusan kes kecemasan dan kesiapsiagaan menghadapi apa-apa insiden dan bencana dalam kampus.
 
Terima kasih diucapkan kepada warga Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan yang diketuai oleh Pegawai Operasi PBK II Che Razak bin Ngah kerana sudi menerima kunjungan kami dan sedia memberikan apa-apa bantuan kepada pihak kami dari segi latihan dan perkhidmatan kebombaan kepada warga UPM khususnya warga APSeC.
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 16/02/2026 | Kemaskini: 16/02/2026 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
X, (09:30:46pm-09:35:46pm, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]