16 Januari 2026 - APSeC dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Petaling telah mengadakan Kursus Penyalahgunaan Dadah & Racun bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra UPM. Kursus yang dihadiri seramai 72 orang staf APSeC ini telah disampai oleh Pn. Nor Farahwahidah binti Abd Rahman, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan & Kesedaran Awam AADK Daerah Petaling.
Antara objektif kursus adalah meningkatkan kesedaran tentang bahaya najis dadah dan kesannya terhadap masyarakat dan negara serta memberi pendedahan dan pemahaman berkenaan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa bagi tujuan penguatkuasaan. Terima kasih diucapkan kepada penceramah di atas perkongsian ilmu yang diberikan.
Tarikh Input: 16/02/2026 |
Kemaskini: 16/02/2026 | miorazham
PERKONGSIAN MEDIA