Kunjungan Hospital Pengajar, Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC) apsec
» BERITA » Kunjungan Hospital Pengajar, Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA)

Kunjungan Hospital Pengajar, Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA)

27 Disember 2023 - Pihak APSeC / Polis Bantuan UPM telah menerima kunjungan sahabat-sahabat dari Hospital Pengajar, Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA), Kuala Terengganu. Tujuan kunjungan ini adalah sebagai lawatan penanda aras serta pertukaran maklumat & pengalaman dalam sistem kawalan keselamatan terutamanya pengendalian CCTV dan perkhidmatan keselamatan keselamatan swasta. Kunjungan dari HPUniSZA yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) En. Ahmad Termizi bin Ab. Aziz serta 6 pegawai lain ini disambut oleh Pengarah APSeC, DSP/KS Norazlan bin Mohammed bertempat di pejabat APSeC / Polis Bantuan UPM. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dari HPUniSZA kerana sudi berkunjung ke APSeC / Polis Bantuan UPM.

 

 

 

 

Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 05/03/2024 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
X, (02:23:25am-02:28:25am, 28 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]