2 Jun 2025 - Bertindak di atas maklumat yang diperolehi dari orang awam, APSeC berjaya mengagalkan cubaan sekumpulan penjenayah yang terdiri daripada 4 orang lelaki yang menaiki sebuah lori melarikan komponan-komponan elektrik di bangunan sub stesen elektrik milik UPM.
Kejadian berlaku jam 4.15 petang di mana Bilik Gerakan APSeC telah menerima aduan dari seorang lelaki (orang awam) yang telah melihat sebuah lori dan 4 orang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di dalam kawasan bangunan sub stesen elektrik. Bertindak dari aduan yang diterima anggota Unit MPV dan Unit Cegah Jenayah (UCJ), APSeC telah bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil tindakan lanjut.
Tersedar dengan kehadiran pihak APSeC, kesemua suspek bertindak melarikan diri ke arah semak-samun berhampiran sub stesen dan meninggalkan sebuah lori (enjin masih belum dimatikan) dan beberapa buah komponan elektrik termasuk sebuah transformer yang dianggarkan seberat 1 tan.
Kes telah diserahkan ke pihak polis dan hasil pemeriksaan dijalankan mendapati lori terbabit telah dilaporkan hilang beberapa minggu yang lalu di Kajang. Kesemua barang kes telah diserahkan ke pihak polis untuk tindakan lanjut.
Tarikh Input: 15/07/2025 |
Kemaskini: 15/07/2025 | miorazham
PERKONGSIAN MEDIA