Kawalan Perhimpunan Aman ‘Justice For The Dogs - Stop The Shooting At UPM | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC) apsec
» BERITA » Kawalan Perhimpunan Aman ‘Justice For The Dogs - Stop The Shooting At UPM

Kawalan Perhimpunan Aman ‘Justice For The Dogs - Stop The Shooting At UPM

12 Oktober 2025 - APSeC telah menjalankan kawalan keselamatan terhadap perhimpunan aman ‘Justice For The Dogs - Stop The Shooting At UPM’ anjuran NGO yang terdiri daripada Animal Rights, Pertubuhan Perlindung Khazanah Alam (PEKA) dan Global Human Rights Federation (GHRF) bertempat di luar pagar Pintu 13 UPM (Pintu Stadium UPM).
 
Seramai 45 orang anggota dan pegawai APSeC dengan kerjasama seramai 40 orang anggota dan pegawai PDRM dari IPD Sepang telah terlibat dalam tugas kawalan ini bagi memastikan perhimpunan berlangsung secara aman tanpa sebarang kekecohan yang boleh menggugat ketenteraman awam. Perhimpunan yang dihadiri oleh lebih kurang seramai 50-70 orang aktivis ini bermula jam 1530 hrs dan tamat sepenuhnya jam 1700 hrs berjalan dengan lancar tanpa sebarang unsur provokatif.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 17/12/2025 | Kemaskini: 17/12/2025 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
X, (12:53:16am-12:58:16am, 20 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]