Kawalan Keselamatan Majlis KanWork Charity Hi-Tea 2023 | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
» BERITA » Kawalan Keselamatan Majlis KanWork Charity Hi-Tea 2023

Kawalan Keselamatan Majlis KanWork Charity Hi-Tea 2023

16 Julai 2023 - Seramai 16 anggota Bahagian Keselamatan (BKU) yang diketuai oleh ASP/PB Ibrahim bin Hassan telah ditugaskan untuk membuat kawalan keselamatan Majlis KanWork Charity Hi-Tea 2023 anjuran Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Persatuan Alumnni UPM bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

Majlis yang disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin Abd Rahman ini mendapat penyertaan dari kira-kira 500 orang jemputan. Selain dari Baginda Tuanku, turut hadir dalam majlis berkenaan Datin Seri Masdiana Muhamad (Isteri Menteri Besar Selangor), Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman (Naib Canselor UPM), Dato’ Raihan Sharif (Presiden Persatuan Alumni UPM) Dan Dr. Rogayah Mat Zin (Pengasas Persatuan KanWork).
 
Dalam majlis ini Baginda Tuanku turut melancarkan rumah Projek Wakaf Rumah KanWork yang dilihat sebagai satu usaha untuk menjana dana dalam konsep wakaf. Sepanjang majlis berlangsung, anggota Polis Bantuan UPM yang terlibat telah melaksanahan tugas dengan baik serta memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan kelancaran majlis.
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 27/08/2023 | Kemaskini: 06/09/2023 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
X, (08:49:35am-08:54:35am, 26 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]