Kawalan Hari Perbarisan Badan Beruniform UPM Sesi 2022/2023 | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
» BERITA » Kawalan Hari Perbarisan Badan Beruniform UPM Sesi 2022/2023

Kawalan Hari Perbarisan Badan Beruniform UPM Sesi 2022/2023

14 Januari 2023 – Bahagian Keselamatan UPM diberikan tanggungjawab untuk membuat kawalan keselamatan bagi program Hari Perbarisan Badan Beruniform UPM Sesi 2022/2023 yang dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dengan kerjasama Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor SUKSIS), Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA), Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri Klover. Antara objektif program diadakan adalah memupuk semangat patriotisme serta perpaduan di kalangan pelajar dalam semua badan beruniform khususnya di dalam UPM. Majlis dihadiri dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM. Program ini juga dihadiri pegawai-pegawai kehormat badan beruniform UPM antaranya Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Omrah bin Hassan@Hussin (SISPA), DSP/KS Nor Azlan bin Mohammed (SUKSIS) dan Lt. Kol. Muhamad Fadzil bin Reping@Rebin (PALAPES). Turut diadakan acara penganugerahan sijil lantikan dan pemakaian pangkat ‘rank holder’ kepada pelajar yang terpilih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 24/02/2023 | Kemaskini: 24/02/2023 | roshaizak

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
F, (03:37:53am-03:42:53am, 09 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]