Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APSeC 2025 | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
» BERITA » Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APSeC 2025

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APSeC 2025

23 Mei 2025 - Tahniah diucapkan kepada semua warga APSeC / Polis Bantuan UPM (kampus Serdang dan kampus Bintulu) yang menerima Anugerah Jasa Putra, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Setia Putra dan Anugerah Bakti Putra dalam Majlis Gemilang Putra (MGP) 2025 yang telah diadakan di Dewan Besar PKKSSAAS, UPM pada hari ini.
 
Selain itu juga dalam majlis berasing yang diadakan di Foyer Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, DSP/KS Norazlan Mohammed, Pengarah Keselamatan telah meraikan penerima-penerima anugerah ini dalam satu majlis ringkas yang penuh bermakna.
 
Turut diadakan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Kpl/PB Khairunnisa’ Yaacob yang telah banyak menerima pujian dan penghargaan dari warga kampus yang mendapatkan perkhidmatan di kaunter pejabat APSeC.
 
Dan yang terakhir turut diadakan majlis perpisahan kepada Sjn/PB Mohd Suhaimi Jaafar yang akan berpindah tempat tugas ke Jabatan Keselamatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur berkuatkuasa 3 Jun 2025.
 
Tahniah sekali kepada semua penerima dan semoga menjadi pembakar semangat untuk terus mempamerkan mutu perkhidmatan yang cemerlang.
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 15/07/2025 | Kemaskini: 15/07/2025 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
F, (08:11:45pm-08:16:45pm, 10 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]