Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ke tiga besar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.
Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar. Walaupun luas kawasan banjir yang mengalami banjir kira-kira 29,000 km persegi atau 9% daripada keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang 18% daripada jumalah penduduk negara yang teralibat dengan banjir. Jumlah kerosakan akibat banjir pula ditaksirkan sebanyak RM 100 juta menurut kajian JICA pada tahun 1981. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani masalah bencana banjir seperti penubuhan badan penyelia, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, pelaksanaan langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amraran banjir bagi lembangan sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan sungai secara besepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa akibat banjir.
Sebagai orang awam, kita berperanan untuk bersiap sedia menghadapi ancaman bahaya banjir dengan bertindak lebih awal. Berikut adalah petikan Panduan Menghadapi Becana yang diterbitakan oleh Jabatan Pertahan Awam serta gambar-gambar kartun yang mudah difahami untuk dijadikan:
Sebelum Banjir
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
Semasa Banjir - Di Luar Rumah
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
Selepas Banjir
Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan
Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya
Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.
Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.
Sumber: http://jpsweb.terengganu.gov.my/ (30 Mac 2022)
Tarikh Input: 20/09/2022 | Kemaskini: 20/09/2022 | miorazham
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan Malaysia