Didikan Agama Benteng Remaja Jaga Maruah Diri | PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
» ARTIKEL » Didikan Agama Benteng Remaja Jaga Maruah Diri

Didikan Agama Benteng Remaja Jaga Maruah Diri

Kehidupan remaja sering digambarkan sebagai fasa penuh warna dengan harapan, impian dan pencarian identiti. Namun, di sebalik senyuman dan gelak tawa terlihat di permukaan, wujud sisi gelap jarang dibincangkan secara terbuka.

Realiti ini membabitkan tekanan emosi, pengaruh rakan sebaya, pencarian penerimaan sosial dan pelarian daripada realiti yang mencengkam.

Fenomena ini bukan sahaja membimbangkan ibu bapa dan guru, malah turut mengundang perhatian pihak berkuasa serta masyarakat keseluruhannya.

Apakah yang mendorong seorang remaja melangkah ke lorong gelap kehidupan? Apakah faktor sosial, psikologi dan persekitaran menjadi pencetus.

Keseronokan sementara

Faktor pertama adalah penggunaan pil khayal. Pil ini akan meningkatkan lagi kes jenayah seksual dalam kalangan remaja. Kini, remaja kerap mencari jalan mudah bagi menghilangkan tekanan diri.

Harga tinggi dan sumber terhad bukan jalan penghalang bagi mereka mendapatkan pil 'syurga' ini. Perkara ini akan mendorong kepada perbuatan tidak diingini seperti mencuri, menyamun dan membuli tanpa sedar.

Cara berfikir bagi setiap individu membawa kepada faktor seterusnya peningkatan kes jenayah seksual dalam kalangan remaja.

Remaja sering menganggap melakukan jenayah seksual akan meningkatkan pendapatan wang dengan lebih mudah. Hal ini mempengaruhi kepada jenayah seksual dalam kalangan remaja.

Faktor ketiga adalah pengaruh keluarga. Agak malang jika ada keluarga masih tidak mengambil berat dan sering memperlekehkan kemampuan anak untuk belajar atau membebaskan diri daripada gejala negatif.

Kesibukan ibu bapa bekerja turut mempengaruhi anak remaja bergaul secara bebas tanpa sebarang kawalan, akhirnya memberi kesan kepada batas kehidupan remaja.

Impaknya, remaja sebegini akan berani melakukan jenayah kecil-kecilan, termasuk jenayah seksual.

Pengaruh rakan sebaya turut menjadi faktor remaja terperangkap di dalam lorong gelap. Apa yang penting, remaja harus mempelajari cara menghargai diri sendiri dan tidak mengambil mudah isu boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarga.

Setiap remaja perlu memupuk kesedaran diri dan didikan agama untuk mengelak terjerumus ke dalam lorong gelap.

Nursyahirah Mohamad Hairi, Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sumber: bharian.com (21 Mei 2025)

Tarikh Input: 11/06/2025 | Kemaskini: 11/06/2025 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT POLIS BANTUAN DAN KESELAMATAN UNIVERSITI (APSeC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6160
03-9769 7930
F, (06:56:17pm-07:01:17pm, 10 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]