Sejak tahun lalu, banyak kes amang seksual diperkatakan di media termasuk juga isu amang seksual fizikal. Namun, apa maksud amang seksual fizikal yang sebenar? Adakah amang seksual, gangguan seksual dan rogol adalah perkara yang sama?
Sebenarnya, semua perkara di atas mempunyai makna yang sedikit berbeza. Anda juga perlu tahu bahawa amang seksual bukan sahaja berlaku kepada kanak-kanak. Ia boleh berlaku kepada orang dewasa juga. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa gangguan seksual.
Oleh sebab itu, anda perlulah tahu apa maksud amang seksual fizikal serta apa yang anda perlu lakukan jika menjadi mangsa gangguan seksual. Jom, ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah!
Apa itu gangguan seksual?
Gangguan seksual merupakan satu tingkah laku yang jelik, memalukan atau menakutkan. Ia boleh berlaku dalam bentuk tulisan, percakapan atau fizikal secara bersemuka atau atas talian.
Semua orang boleh mengalami gangguan seksual tanpa mengira jantina. Jika ia berlaku di tempat kerja, sekolah atau universiti, gangguan seksual boleh menjadi satu bentuk diskriminasi.
Antara contoh gangguan seksual:
Walaupun anda tidak mengatakan TIDAK atau NO secara serta-merta, namun ia masih dikira sebagai gangguan seksual.
Sebagai contoh, anda mungkin ketawa kerana menganggap sentuhan atau jenaka tersebut hanyalah satu bentuk gurauan semata-mata, atau anda takut untuk memberikan reaksi negatif kerana pelaku merupakan orang yang mempunyai jawatan yang lebih besar atau lebih senior daripada anda.
Apa itu amang seksual?
Amang seksual atau sexual assault berlaku apabila anda dipaksa, ditekan atau ditipu untuk melakukan sebarang bentuk aktiviti seksual seperti memegang, mencium atau melakukan seks tanpa kerelaan.
Amang seksual juga merupakan satu bentuk gangguan seksual. Sebagai contoh, jika seseorang memaksa anda mencium atau memegang anda tanpa rela, ia boleh dikira sebagai amang seksual dan juga gangguan seksual.
Contoh amang seksual lain ialah sebarang sentuhan yang tidak patut, merogol atau memaksa anda melakukan aktiviti seksual.
Apa maksud amang seksual fizikal dan bezanya dengan rogol?
Setelah mengetahui apa maksud amang seksual fizikal, anda juga perlu tahu apakah maksud rogol.
Rogol adalah salah satu contoh keganasan seksual. Ia berlaku apabila anda tidak mahu melakukan seks dengan seseorang. Rogol juga merupakan satu jenayah.
Tidak ada sesiapa yang ingin dirogol. Oleh sebab itu, 100% kesalahan adalah di atas bahu pelaku.
Di Malaysia, maksud rogol ialah perbuatan memasukkan zakar ke dalam faraj tanpa kerelaan mangsa. Jika mangsa berusia bawah 16 tahun, seks dikira sebagai rogol statutori.
Benar, ada yang dirogol oleh orang yang tidak dikenali. Walau bagaimanapun, sebahagian besarnya dilakukan oleh individu yang mengenali mangsanya.
Menurut statistik daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), hampir 90% mangsa rogol mengakui mereka mengenali pelakunya.
Jika anda rasa bersalah ketika melakukan seks, anda masih boleh minta pasangan untuk berhenti. Mereka perlu berhenti dan hormat keinginan anda, walaupun pasangan adalah suami anda.
Jika anda tidak mahu melakukan seks dengan sesiapa atau dipaksa: ia adalah satu bentuk amang seksual dan juga rogol.
Sumber: hellodoktor.com (6 Ogos 2024)
Tarikh Input: 17/01/2025 | Kemaskini: 22/01/2025 | miorazham
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan Malaysia